RSS

BAUCAR BUKU RM200 UNTUK PELAJAR IPTA/IPTS


Alhamdulillah..........Dalam keadaan skang yg tgh sesak2 nie.....byk bantuan yg kerajaan bg pada rakyat...........kalau korang nak tau selain bantuan rakyat satu mesia yg kerajaan bg rm500 tu.....nie ade satu lagi bantuan yg kerajaan bg utk pelajar2 ipt dan tingkatan 6.......camne korang nak tuntut klu korang still study tu korang leh tuntut kat ipt tempat korang study skang nie............tp syarat2 nak dpt bantuan nie korang bacala kat bawah nie...mane tau kot2 korang layak ke........harap2 korang leh la guna baucer nie dgn sebaik mungkin....aku pun leh guna wat beli buku utk study nnt.........



1. Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS DAN POLITEKNIK mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D,matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar di tingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200

2. Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melalui IPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulan Januari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.

3. Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, berserta nombor Kad Pengenalan dan Nombor Metrik / Nombor pendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan pada setiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.

4. Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.

5. Baucar ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing. BukuInterlok dah tak perlu dibeli kerana dah dikeluarkan sebagai buku teks sastera.

6. Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012

7. Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012.

8. Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 komen:

Kancilbiru said...

laa aku baru tau..nanti nak p tanya utm tgk..tq bg info ni..:)