Sunday, May 20, 2012

Kelantan menang Piala FA 2012


Tahniah la untuk pasukan bola sepak kelantan sebab memang piala fa selepas menang 1-0 hasil jaringan pemain import mereka Ghaddar melalui sepakan penalti.........tahniah juga untuk pasukan KL Sime Darby memberi tentangan sengit kepada pasukan Kelantan.........mereka juga nyaris membawa perlawanan ke masa tambahan tetapi sedikit kesilapan memberikan sepakan penalti kepada pasukan kelantan membuatkan mereka tewas mlm td..........





Video jaringan penalti Ghaddar.

Tuesday, January 10, 2012

6 Rahsia Sujud Dalam Solat


Sujud adalah salah satu gerakan dalam solat yang paling memberi kesan kepada kesihatan kita. Sujud adalah satu keadaan yang mana kita sangat hampir dengan Allah s.w.t. Berikut adalah 6 rahsia sujud yang telah dikaji secara saintifik:

#1: Meningkatkan Kecerdasan Otak


Apabila kita berdiri tegak, biasanya pengaliran darah ke otak tidak mencukupi untuk keperluan otak. Apabila kita sujud, darah akan mengalir dengan lebih banyak ke bahagian otak yang sangat penting untuk kesihatan otak. Dengan sujud juga darah akan mengalir dengan lebih banyak ke bahagian kulit muka dan ia boleh menyegarkan kulit muka dan mengurangkan risiko terkena penyakit resdung.

Kalau diperhatikan dari sisi, rupabentuk otak kita seakan-akan orang yang sedang bersujud. Kebetulan? Allah Maha Mengetahui.

#2: Mengurangkan Risiko Migrain atau Sakit Kepala

Aliran darah yang meningkat ke bahagian otak semasa sujud mampu mengurangkan risiko serangan sakit kepala dan juga migrain.

#3: Baik untuk Sistem Pernafasan

Apabila manusia bernafas secara normal, hanya 2/3 udara di dalam paru-paru dihembus keluar. Selebihnya berada di dalam paru-paru sebagai udara lebihan. Udara yang tidak terusik ini boleh menakung bakteria dan juga habuk-habuk yang disedut dari udara dan mendatangkan pelbagai masalah kepada paru-paru kita. Apabila kita sujud, organ-organ dalaman akan menekan diaphragma kita dan sekaligus menolak paru-paru bahagian bawah ke atas dan boleh mengeluarkan udara berlebihan tersebut. Mekanisma ini sangat penting untuk menjaga kesihatan paru-paru kita.

#4: Menggerakkan Sendi-Sendi dan Otot-Otot

Sujud melibatkan pergerakan kesemua anggota badan kita seperti kepala, kaki, tangan, bahu, tulang belakang, tulang pinggul, dada dan sebagainya. Pergerakan sendi-sendi dan otot-otot anggota badan ini boleh melatih otot-otot tersebut untuk menjadi lebih kuat dan membantu melancarkan peredaran darah. Otot-otot yang bergerak boleh menghilangkan sengal-sengal dan lenguh-lenguh sendi.


#5: Mengelakkan Penyakit Buasir

Kedudukan sujud yang mana pinggul lebih tinggi berbanding badan boleh mengurangkan risiko untuk terkena penyakit buasir. Semakin banyak sujud, semakin kurang risiko untuk penyakit ini kerana graviti akan menarik pembuluh darah buasir ke arah bertentangan arah.


#6: Mengubat Penyakit Rohani

Lebih penting lagi, sujud boleh mengubat penyakit rohani jika kita betul-betul menghayatinya. Sujud boleh menyebabkan seseorang itu merasa rendah diri di hadapan Allah s.a.w.t dan merasai bahawa Allah s.w.t. sangat dekat dengannya, sekaligus boleh mengikis penyakit-penyakit hati seperti sombong, riak dan takabbur.

Hendak diingatkan untuk diri saya sendiri dan juga semua bahawa gerakan solat dan sujud yang kita lakukan bukanlah untuk mengejar manfaat-manfaat kesihatan yang disebut tadi. Ia hanyalah anugerah yang diberikan oleh Allah s.w.t. yang Maha Pemurah.



Tuesday, December 20, 2011

Fakta mengenai janggut

Kajian terhadap janggut menyerlahkan satu lagi bukti saintifik tentang apa yang disunnahkan oleh Nabi kita sejak lebih seribu tahun dahulu.

Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut. Ia bukan tunggul gerigis, bukan penyeri atau penyerabut wajah teta...pi jauh lebih hebat daripada itu.

Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.

SUBHANALLAH!

Caranya bagaimana? Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum punya anak kerana ada masalah kesuburan, ataupun jarang anak dan mahu dirapatkan lagi, mintalah suami simpan janggut, dan belailah selalu janggut suamimu itu.

Ini sekali gus jadi bukti apa yang disaran oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.

Monday, December 19, 2011

Info - Perfume Dari Najis Manusia

Jika berita sebelum ini Lagy Gaga akan menghasilkan variasi perfume dari Sperma dan darah,Salah seorang artis ini juga akan mengeluarkan variasi perfume atau minyak wangi yang dihasilkan dari najis manusia,

Jammie Nicholas,seorang artis inggeris telah mengeskpresikan dirinya dengan membuat Perfume dari najisnya sendiri.wangian yang berjenis eau de toillet itu berjenama 'Surplus'. Jammie mendapatkan idea dalam pembuatan perfume yang gila ini, ketika dia membaca sebuah buku, 'The History of Shit'.

Saya membaca sebuah buku karya penulis Perancis, Dominique Laporte yang berjudul 'The History of Shit', yang menganalisa implikasi teoritis dan sosial dari kotoran yang dapat dijadikan sebagai bahan untuk pembuatan kosmetik," jelas Jammie


'Surplus' dijual seharaga US$ 80 namun pengeluaran perfume ini adalah terhad. pada masa kini hanya 80 buah dihasilkan dan 25 buah telah dijual..

Info dari : http://pingje.com/go/542/


Betul ke ade perfume dari najis manusia ek............camne la die leh ilangkan bau busuk tu........jgn tersilap beli perfume lepas nie dah la ek.......

Saturday, December 17, 2011

BAUCAR BUKU RM200 UNTUK PELAJAR IPTA/IPTS


Alhamdulillah..........Dalam keadaan skang yg tgh sesak2 nie.....byk bantuan yg kerajaan bg pada rakyat...........kalau korang nak tau selain bantuan rakyat satu mesia yg kerajaan bg rm500 tu.....nie ade satu lagi bantuan yg kerajaan bg utk pelajar2 ipt dan tingkatan 6.......camne korang nak tuntut klu korang still study tu korang leh tuntut kat ipt tempat korang study skang nie............tp syarat2 nak dpt bantuan nie korang bacala kat bawah nie...mane tau kot2 korang layak ke........harap2 korang leh la guna baucer nie dgn sebaik mungkin....aku pun leh guna wat beli buku utk study nnt.........



1. Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS DAN POLITEKNIK mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D,matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar di tingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200

2. Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melalui IPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulan Januari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.

3. Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, berserta nombor Kad Pengenalan dan Nombor Metrik / Nombor pendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan pada setiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.

4. Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.

5. Baucar ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing. BukuInterlok dah tak perlu dibeli kerana dah dikeluarkan sebagai buku teks sastera.

6. Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012

7. Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012.

8. Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.